Membina Masa Depan dengan Integriti
SM NOH GRUP komited untuk menjadi rakan strategik anda dalam membentuk budaya kerja yang beretika dan profesional. Dengan pengalaman luas dan tenaga pakar, kami menyediakan latihan, ceramah, dan perkhidmatan konsultansi yang berimpak tinggi untuk kejayaan anda.
Selamat datang ke SM NOH GRUP!
Kami dengan sukacitanya mengalu-alukan anda ke SM NOH GRUP, sebuah syarikat
penyedia latihan dan konsultansi yang berdedikasi dan komited dalam mempertingkatkan
etika kerja dan integriti di kalangan individu dan organisasi.
Dengan pengalaman luas yang mendalam dan tenaga pengajar yang bertauliah, kami komited untuk menyediakan perkhidmatan latihan yang berkualiti tinggi dan relevan untuk membantu anda membangunkan kemahiran dalam bidang-bidang ini.
Sebagai syarikat yang berpegang teguh pada prinsip integriti, kami percaya bahawa ‘Integriti Tingkatkan Keyakinan Diri’. Kami berusaha untuk membimbing anda dalam membina budaya kerja yang jujur, telus, dan beretika, yang bukan sahaja akan meningkatkan kecekapan peribadi tetapi juga memperkukuh kepercayaan dalam kerjasama profesional.
Kami percaya bahawa melalui latihan yang berkesan dan pendekatan yang praktikal, anda akan dapat mencapai kecemerlangan dan keyakinan dalam setiap aspek kerjaya dan kehidupan profesional anda.
Terima kasih kerana memilih SM NOH GRUP sebagai rakan kongsi dalam perjalanan pembangunan peribadi dan profesional anda.
Selamat Maju Jaya!

VISI
Peneraju dalam pembangunan dan penyebaran budaya kerja yang berintegriti.
MISI
Menjadi rakan kongsi strategik dalam pembangunan etika kerja dan integriti, serta
menyediakan penyelesaian latihan yang efektif dalam kemahiran individu dan organisasi.
MISI
Menjadi rakan kongsi strategik dalam pembangunan etika kerja dan integriti, serta
menyediakan penyelesaian latihan yang efektif dalam kemahiran individu dan organisasi.
MOTO
Integriti Tingkatkan Keyakinan Diri
PENGENALAN SYARIKAT
Syarikat SM NOH GRUP (JR0159060-D) adalah sebuah syarikat berdaftar dengan
Suruhanjaya Syarikat Malaysia di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan, 1956. Syarikat
juga telah berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF). Bidang perniagaan
utama syarikat ini adalah menjalankan kerja-kerja berkaitan dengan perkhidmatan
memberi latihan dan aktiviti-aktiviti berbentuk program ceramah secara fizikal dan dalam sesi webinar. Aktiviti serta pengalaman pemilik syarikat dalam aktiviti latihan-latihan
motivasi serta komunikasi yang lebih daripada 27 tahun dalam industri yang diceburi.
Bermula daripada kewujudannya, syarikat ini telah diterajui dan dibantu oleh rangkaian
tenaga mahir dan berpengalaman dalam bidang yang dimaksudkan. Berbekalkan kemahiran latihan, pengetahuan luas dan pengalaman ini, syarikat ini bertekad dan
komited untuk memberikan satu perkhidmatan yang berkesan serta berdaya maju dan
seterusnya dapat memberikan kesan / impak yang maksima kepada setiap pelanggan.
Syarikat juga mengamalkan dan mengekalkan standard yang tinggi berdasarkan kepada
nilai utama syarikat iaitu INTEGRITI TINGKATKAN KEYAKINAN DIRI.